Sekapur Sireh

pengetuaSEKAPUR SIREH DARI PENGETUA

Laman Web SMK Tamparuli adalah salah satu cara untuk memperkenalkan sekolah dan mendedahkan persekitaran sekolah kepada masyarakat, ibu bapa penjaga dan warga SMKTA sendiri. Ia juga dapat memupuk minat pelajar untuk mencari maklumat di dalam Internet dan menggalakkan pelajar melayari laman web berbentuk maklumat bagi menambahkan pengetahuan. Ini selaras dengan matlamat negara yang mahukan masyarakat intelek dan mementingkan budaya ilmu dalam kehidupan.

Dalam era teknologi yang serba canggih ini, penggunaan Internet sebagai cabang komunikasi adalah sangat penting untuk penyampaian yang lebih ringkas, tepat dan cepat. Oleh yang demikian, laman web SMKTA diperkenalkan kepada warga sekolah dan juga komuniti setempat bagi memudahkan lagi proses penyampaian maklumat kepada masyarakat setempat. Laman ini dibina bagi memaparkan pelbagai maklumat tentang sekolah sama ada dari sejarah mahupun perkembangan terkini sekolah berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum serta aktiviti lain yang dijalankan di sekolah.

Dengan adanya laman web ini, masyarakat akan dapat mengenali SMKTA manakala pelajar SMKTA sendiri akan mengetahui dengan lebih dekat lagi tentang sekolah mereka terutama tentang peraturan sekolah dan perkembangan kurikulum serta ko-kurikulum sekolah .

Di harap penghasilan laman web sekolah ini akan memberikan lebih banyak manfaat kepada individu yang terlibat secara secara langsung dan tidak langsung dalam pendidikan.

Sekian Terima Kasih.

Jaya Silar a/l Muniandi
Pengetua SMK Tamparuli, Tamparuli